Sunday 8 September 2013

EXPERT WORKSHOP @ PI1M FELDA SG BEHRANG KEMBALI LAGI

Expert Workshop yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Sungai Behrang kembali lagi dengan membawakan kelainan daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Jika sebelum ini Expert Workshop yang dianjurkan adalah di dalam dibidang masakan tetapi pada tahun ini pihak PI1M Felda Sungai Behrang memilih bidang kreatif jahitan manik dan labuci. Untuk bengkel kali ini pihak PI1M Felda Sungai Behrang membawa seorang yang sememangnya pakar di dalam bidang jahitan manik dan labuci iaitu Puan Rosidah binti Darus.


Monday 11 April 2011

Kenali 'Chef' Anda : Halim Shah Abdullah ~

Chef Halim Shah Abdullah, merupakan seorang graduan daripada Sekolah Seni Kulinari Stamford, Petaling Jaya, dalam bidang masakan Klasik Perancis. Beliau menerima pendidikan awal di Petaling Jaya, Selangor.
  

Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan secara professional semenjak 1991 dan telah memulakan kerjayanya di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur.  



Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di beberapa hotel bertaraf 5-Bintang yang lain, antaranya;

  • The Regent Four Season Kuala Lumpur
  • The Datai Langkawi
  • Sheraton Subang Hotel & Tower
  • Lafite Restaurant, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

Selain berkecimpung dalam bidang masakan industri perhotelan, beliau juga turut berpengalaman sebagai; 

▪ Tukang Masak Peribadi kepada Keluarga di Raja Brunei, Brunei

▪ Ketua Tukang Masak Dewan Makan Sukan Komanwel 1998, Malaysia
▪ Ketua Tukang Masak di Rangkaian Restoran Milik Keluarga di Raja Arab Saudi
Chef Halim