Bengkel 2012

Menu Masakan:

Cream Scone:



1. 225gm tepung naik sendiri
2. Garam
3. 60gm Mentega
4. 40gm Gula Halus
5. 1 biji telur
6. 2 sudu besar Krim Pekat
7. Sedikit ekstrak vanilla

Cara Penyediaan:
1. Gaulkan bahan-bahan kering seperti tepung, garam, gula kaster sehingga sebati atau rata dan masukkan mentega.
2. Gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti yang kasar.
3. Di dalam bekas berasingan, campurkan telur, Krim Pekat dan ekstrak vanilla dan pukul dengan lembut sehingga sebati.
4. Campurkan bahan kering dan bahan basah, gaulkan sehingga boleh diuli.
5. Gunakan penggelek untuk meratakan doh dan leperkan padan ukuran lebih kurang 1/2 inci.
6. Potong mengikut citarasa anda. Anda juga boleh menggunakan acuan untuk bentuk yang lebih cantik.
7. Susun di dalam dulang pembakar dan sapukan kuning telur dan taburkan gula.
8. Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah celcius.
9. Bakar selama 15-18 minit atau sehingga scone anda masak.
10. Scone anda sudah sedia untuk dihidang. Scone boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dimakan bersama krim atau jem.


Blueberry Muffin






1. 110gm tepung naik sendiri
2. 110gm mentega
3. 65gm  gula kastor
4. 2 biji telur
5. 125gm beri
6. 2 sudu krim pekat
7. Garam

Cara Penyediaan:
* Pastikan ketuhar dipanaskan dalam sukatan 190 darjah celcius.
 
1. Gaulkan tepung, gula kastor dan garam di dalam satu bekas. Asingkan.
2. Pukul mentega dengan perlahan sambil memasukkan telur, krim pekat. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan campuran bahan kering (tepung, gula dan garam) ke dalam adunan bahan basah. Gaulkan sehingga sebati.
4. Masukkan beri ke dalam adunan dan kacau perlahan-lahan. Pastikan beri tidak terlalu larut ke dalam adunan.
5. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas yang telah disapu mentega. Tuang dalam sukatan 1/2 cawan.
6. Masukkan kedalam dulang dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.